TABUNGAN
Wednesday, February 8, 2012
Wednesday, January 18, 2012
Monday, January 16, 2012
hujung minggu di bukit bintang
Sabtu yang lepas selepas pulang dari keje, suami pun ajak bersiar-siar.Kebetulan dia cuti jadi angkutla bini dia ni mcm bese ronda2 kl. Hajat dihati nak pegi the curve tapi rasa jemu pulak ke sana so suami terus je melencong ke bukit bintang. Sebenarnya aku waktu tu kurang setuju ke bukit bintang sbb x larat tgk ramai sgt manusia bersesak-sesak. Sampai sane memang pening la nak cari tempat parking. Sume parking penuh. Suami try parking kat pavillion tapi dah full then try pegi starhill pun full dan cuba ke fahreinheit pun full jugak. Masa tu aku dh surrender abis terus ajak en.suami balik lepak mapley je tapi en.suami ni jenis selagi x dpt ape yg dia nak dia xkan stop.Last2 en. suami decide parking je kat lot 10.Alhamdulillah masih ade petak parking yang kosong. Telan liur je bayar parking rm7 nasib la per entry kalo per hour lagi la botak.
Bila dah setel bab parking kami pun ronda-ronda la kat area sg.wang sesaje nk cuci mata. Mak ai.., tengok anak2 melayu yang duduk berlonggok kat situ rasa malunye dan sedih pun ada.Selamber je anak-anak melayu ni berpeluk-pelukan then minum air setan kat public. Terus terdetik kat hati ya allah, jgnla ada ahli keluargaku yang mcm tu. Nauzubillahi min zalik.
Rasa letih jugak berjalan tapi aku rasa seronok sbb dapat keluarkan peluh. ini pun consider exercise jugak kan.Sambil tu boleh la retis amik2 gambo kan..Setelah letih berjalan kami terus ke starhill untuk isi perut. Kami ke restoran Enak.Restoran ni mmg bagus kerana makanan melayu yang dihidangkan mmg terbaik. Suasananya yg sangat comfy memang membuatkan kita rasa santai sambil menjamu selera. Harganya pula jgn ckpla beb, mmg botak kepala nk bayar. Inipun sebab ade org belanja, kalau x jgn harapla aku nk saje-saje mkn kat restoran lima bintang macam ni.Terima kasih linda dan aboy sudi belanja maksu n paksu dinner. len kali belanja lagi ye. i like.. :)
Setelah kekenyangan kami pun layan live band sekejap then terus ke pavillion. Waktu ni pavi dah tutup so kami ronda2 kat depan pavi je sambil tgk deretan patung bear mengikut negara2 dunia. Agak teruja juga tengok macam-macam rupa patung bear mengikut tema negara-negara di dunia ni. Apepun patung bear negara Malaysia mmg terbaik sbb melambangkan jati diri bangsa dan berbilang kaum yang diinspirasikan oleh Imuda.
ok Jom layan gambo. Jangan termuntah pulak ye :p
'goldast man'. bayar rm2 baru boleh amik gambo
Thursday, January 12, 2012
Roaster Eating Day -RED
Bile tengok suami dah berbaju merah tapi aku pulak berbaju purple.adui xde langsung tang merahnya tu. so apalagi terus ajak suami singgah rumah sekejap tapi sempat tukar anak tudung merah je baju tetap kaler purple. Redah je la kan janji dapat mkn kenny rogers. bukan senang dorang nk buat promo macam ni. Nasib baik kenny rogers dekat je dengan rumah hanya di Jusco setiawangsa.Tak sampai 5 minit pun jarak dari umah.
p/s : ayat tunggang langgang tp nk tulis gak.ok layan gambo jom..
Wednesday, January 11, 2012
Monday, January 9, 2012
Ostrich Farm
Pada cuti tahun baru yang lepas aku dan suami mengambil keputusan utk bercuti di johor. Kalau ke johor sudah tentulah aku melepak kat umah sil di kota tinggi. Jadi kali ini aku beriya-iya benar nak ke ostrich farm. ini semua gara-gara adik aku yang bagitau keseronakan dia ke ostrich farm dengan kwn2 dia tu. Perjalanan dari pekan kota tinggi ke ostrich farm tu memakan masa lebih kurang 45minit jugak la.
Bila sampai ke ostrich farm ni memang seronok sebab kita bebas bersama ostrich-ostrich yang ada kat situ. Tiket masuk adalah rm12 untuk dewasa dan rm8 bagi kanak-kanak atas 2 tahun. Bagi kanak-kanak dibawah dua tahun adalah percuma.Bersebelahan kaunter masuk ada tempat makan dan makanan yang disediakan semuanya berasaskan daging dan telur ostrich tetapi harganya memangla amat cantik sekali ye..
Setiap pengunjung yang datang akan diberi penerangan tentang ostrich oleh uncle francis.Uncle ni mmg fasih dalam banyak bahasa so tiada masalah bagi pengunjung yang datang dari luar negara. Disini pihak pengelola mmg sangat-sangat welcome setiap pengunjung yang datang dan mmg kita akan rasa selesa dengan keramahan setiap pekerja yang ada disitu. Kira berbaloi la bayar rm12 tu hehe..
Jom layan gambo.