TABUNGAN

Wednesday, February 23, 2011

Polycystic Ovary


topik-topik Polycystic Ovary (PCO)

:: Polycystic Ovary (PCO) mengancam kesuburan wanita Malaysia
:: Apakah tanda tanda penyakit Polycystic Ovary Syndrome?
:: Apakah puncanya?
:: Ciri-ciri ovari dalam ultrasound
:: Merawat polycystic ovari
:: Cara cara untuk mengawal kegemukan (obesity)
:: Meningkatkan kesuburan wanita.
:: Ubat subur Clomiphene
:: Ubat Metformine
:: Rawatan laparoscopy dan ovarian drilling


Polycystic Ovary Syndrome (PCOS) mengancam kesuburan wanita Malaysia

Wanita yang gemuk, pusingan haidnya tidak teratur dan tumbuh rambut pada kaki, badan atau muka berwaspadalah mungkin anda mengalami masalah kilang ovary bengkak atau ‘polycystic ovary’.

Polycystic Ovary Syndrom atau PCOs adalah suatu keadaan di mana kilang telur atau ovari pada seseorang wanita menjadi bengkak oleh sebab benih-benih telah terperangkap dalam ovari dan tidak boleh menetas pada waktu subur. Maka apabila berlaku keadaan seperti ini lama-kelamaan ovari akan membengkak dan menimbulkan berbagai jenis masalah kesuburan dan gangguan haid pada wanita tersebut.

Gejala utama akibat PCOS ialah kemandulan, sukar untuk hamil dan bila hamil, mudah gugur. Ramai juga dikalangan pengidap PCOS yang mengalami masalah tidak datang haid untuk jangka waktu yang panjang, perdarahan haid yang banyak atau berpanjagan, masalah kegemokan/obesity dan ada yang bermasalah tumbuh rambut pada kaki dada dan muka.

Kejadian penyakit ini kian meningkat di kalangan wanita-wanita Malaysia ke taraf yang membimbangkan kerana ia menjejaskan kesuburan dan keupayaan mereka untuk hamil dan melahirkan anak.

TIDAK SUBUR ATAU MANDUL.

Kebanyakan dari pesakit-pesakit PCO datang berjumpa doktor pakar sakit puan sebab sukar hendak hamil walaupun telah lama mencuba. Ada yang telah beberapa tahun berkahwin tetapi masih belum medapat zuriat. Ada yang berjaya mendapat anak pertama dan gagal untuk hamil lagi selepas itu. Ramai juga yang bolih hamil tetapi mudah gugur diperingkat awal kehamilan; malah ada yang berulang2 kali gugur.

I.Berbagai Jenis Gangguan Haid

Tanda yang biasa ialah haid yang tidak teratur, biasanya lambat datang haid dan kadang- kadang jarak antara haid menjadi begitu jauh sekali sampai hingga 3 atau 6 bulan barulah datang haid yang berikutnya. Ada setengah wanita pula sampai setahun tidak datang haid.

II.Gemuk

Tanda lain ialah peningkatan berat badan menyebabkan wanita itu gemuk atau obese. Seringkali peningkatan berat badan ini berlaku secara mendadak selepas ia berkahwin dan pada ketika itu pusingan haid pun menjadi lebih tidak teratur dan kesuburan mereka sangat kurang ataupun langsung tidak subur kerana telur tidak dapat menetas.

III.Darah haid sikit atau/dan berpanjangan

Wanita pula mengalami selain daripada pusingan haid yang begitu panjang jangka waktunya, ialah perdarahan haid yang mungkin berlaku dengan sedikit sekali, tidak seperti biasa haid akan keluar dengan sederhana selama seminggu. Tetapi wanita yang mengidap penyakit polycystic ovary akan mengalami haid yang sangat sedikit hanya menitis selama 2 atau 3 hari. Ada juga di kalangan mereka yang mengalami pendarahan yang berpanjangan sampai 15 hari ataupun 30 hari tanpa henti.

IV.Tumbuh rambut.

Setengah wanita pula tanda-tanda lain ialah tumbuh rambut pada kaki, tumbuh misai dan janggut dan juga tumbuh rambut pada bahagian tangan dan ada kalanya di bahagian dada. Ini menandakan peningkatan dalam hormon lelaki dalam darah wanita tersebut. Iaitu satu keadaan yang sering berlaku dikalangan pengidap penyakit polycystic ovary.


Apakah puncanya ?.

Sebenarnya punca bagi penyakit ini tidak diketahui. Mungkin satu keadaan semulajadi di mana terdapat kelainan atau gangguan pada enzyme yang mengawal pembentukan hormon. Oleh itu biasanya jika dikaji paras hormon dalam darah, kita dapati wanita tersebut terganggu dalam hormon kesuburan mereka iaitu tahap hormon follicle stimulating hormon FSH (normal), Luteinizing hormone LH – tinggi, hormon estrogen – tinggi, hormon progesterone – rendah, hormon progesterone – rendah, hormon testosterone (iaitu hormon lelaki) – meningkat tinggi. Adalah dipercayai bahawa peningkatan berat badan ada kaitan dengan peningkatan hormon testosterone dengan estrogen dalam darah wanita tersebut.

Mungkin ada ciri atau pengaruh kebakaan atau keturunan dalam penyakit ini. Walau demikian faktor pemakanan iaitu dari segi tabiat dan jenis makanan yang mengandungi banyak karbohidrat dan gula, perisa dan pengawet makan mungkin mempunyai peranan penting dalam kejadian penyakit PCO.

Faktor stress atau tekanan fizikal dan mental yang timbul dari suasana tegang dalam perkerjaan dan rumah, pergeseran dan konflik dikalangan keluarga atau saudara-mara dan dalam kenderaan ketika memandu mungkin juga ada memainkan peranan dalam kejadian penaykit ini.

Ciri ovari dalam ultrasound.

Jika doktor pakar sakitpuan membuat pemeriksaan ‘vaginal ultrasound’ ia akan mendapati kedua-dua belah ovari bengkak dan membesar sampai dua atau tiga kali ganda dari saiz biasa. Kelihatan ovari itu seolah-olah mengandungi bintik-bintik hitam iaitu apa yang digelar “honeycomb appearance”. Bintik-bintik hitam inilah sebenarnya telur atau benih wanita yang telah terperangkap. Sila lihat laman Timang dalam tajuk slide dimana ada gambar “polycystic ovary”.


Merawat polycystic ovari

i. Tujuan rawatan polycystic ovary ialah pertama untuk meningkatkan kesuburan kerana sebahagian besar daripada mereka berjumpa doktor dengan tujuan untuk mendapatkan anak dan kerana mereka mengalami ketidaksuburan ataupun kemandulan.

ii. Tujuan kedua ialah untuk membetulkan pusingan haidsupaya jarak antara satu haid supaya jarak antara satu haid dengan yang lainnya lebih kerap ataupun normal iaitu 30 hari.

Cara cara untuk mengawal kegemukan (obesity)

Dalam merawat pesakit perkara yang terpenting sekali bagi pesakit berkenaan ialah ketabahan ,disiplin serta keazaman diri untuk mengurangkan berat badan. Kebanyakan daripada mereka mungkin melebihi 70 kg dan berat badan yang sebaiknya bagi wanita yang ukuran tinggi 5 kaki 2 inci ialah kurang daripada 60 kg.

Untuk mengurangkan berat badan memang memerlukan ketabahan, kegigihan dan disiplin yang kuat kerana sebenarnya orang orang yang obese atau gemuk mengalami masalah tabiat makan. Oleh itu ia memerlukan rawatan mental supaya ia lebih tabah dan disiplin lagi dalam mengawal pemakanan mereka. Di samping mengawal pemakanan yang mungkin berlebihan dalam kabohidret dan gula, ialah mereka perlu membuat riadah atau exercise yang sewajar.

Meningkatkan kesuburan wanita.

Dari segi merawat kesuburan terdapat banyak kaedah rawatan yang sering dicuba oleh pakar-pakar sakitpuan. Diantaranya ialah ubat-ubat seperti berikut.

Ubat subur Clomiphene

Biasanya ubat subur Clomiphene atau clomid akan diberikan dalam dos yang tinggi mungkin sampai ke tahap 250 mg atau lima biji sehari untuk selama 5 hari hingga 7 hari mulai daripada hari kedua atau ketiga dari hari mula keluar haid. Tujuan rawatan ini ialah untuk merangsang ovari yang polycystic ini untuk mengeluarkan telur.

Respons yang positif dengan adanya pengeluaran telur mungkin berlaku hanya di kalangan sebahagian pesakit sahaja, mungkin separuh daripada mereka tidak akan menunjukkan kesan positif dari segi pengeluaran telur.

Walau demikian setiap wanita yang menjalani rawatan kesuburan memerlukan pengawasan dan ujian yang teliti oleh pakar sakitpuan kerana jika terlalu banyak telur dikeluarkan pada satu masa dan ini boleh membahayakan kesihatan menyebabkan kandungan yang berganda-ganda.

Ubat kesuburan yang lain daripada Clomiphene ialah ubat suntikan hormon Gonadotrophin yang juga diberikan mulai hari kedua haid selama lima hari berturut-turut. Bahayanya ubat ini ialah rangsangan telur yang berlebihan menyebabkan terlalu banyak telur keluar dan ini boleh menjejaskan kesihatan dan menyebabkan kehamilan berganda.

Ubat Metformine

Sekarang ini ubat Metformine yang biasa digunakan untuk merawat kencing manis digunakan dalam jangka masa enam bulan berturut dan dos yang digunakan ialah antara 1 gm hingga 2.5 gm setiap hari sampai enam bulan. Mengikut kajian 60 peratus daripada wanita yang memakan ubat ini akan menetas telurnya dan sebahagian besar juga akan akhirnya mengandung.

Rawatan laparoscopy dan ovarian drilling
Ini adalah satu kaedah baru dimana pesakit “polycystic ovary” akan menjalani pembedahan kecil yang memerlukan bius am. Teropong laparoscopy untuk melihat ovari dan seterusnya laser drilling akan dilakukan dengan menggunakan elektrik cautery ataupun laser cautery. Kaedah rawatan ini juga menghasilkan kehamilan dalam lingkungan 50 hingga 60 peratus.

Sunday, February 20, 2011

Mati itu pasti


dah lama sangat rasanya tak update blog picisan aku ni. Hari ni baru berkesempatan menjengah blog kawan2 dan aku amat tertarik dengan entri terbaru dr.faryn dan juga hidd. rata-rata berkisar tentang satu topik yg sama iaitu 'MATI'.

tiada siapa didunia ini yang punya kuasa ajaib yang boleh tahu tentang tarikh mati sendiri. Jika ada sekalipun mungkin orang itu adalah istimewa yang dipilih oleh Allah swt tetapi itu agak mustahil bukan. Setiap manusia di dunia ini pasti akan mati. Yang berbeza adalah cara seseorang itu mati. Ada yang mati sakit, mati eksiden, mati bunuh diri/dibunuh, mati mengejut atau apa sahaja.

Persoalanya adakah kita sudah cukup bersedia untuk dijemput oleh malaikat izrail? Adakah sudah cukup amal kita sepanjang hidup ini. Persoalan ini lah yang sukar untuk dijawab oleh orang naif seperti aku. Aku akui aku bukan seorang yang baik atau alim sangat. aku akui solat aku berlubang-lubang. Tapi semakin umur kita menginjak dewasa, aku sedar sampai bila kita harus leka dan dibuai oleh keindahan dunia yg sementara ini. sampai bila kita harus dibuai kelekaan melayan nafsu serakah semata2.

Kita boleh mengadap internet berjam-jam lamanya tetapi mengapa untuk solat yang tidak sampai 10minit itupun kita tidak mampu lakukan? Kita boleh berhuha-huha di luar seperti menonton wayang,membeli belah di shopping kompleks santak sampai ke malam tetapi mengapa untuk singgah solat di masjid/surau sebentar kita rasa berat? kita boleh bersesak2 di jualan murah tetapi tidak sanggup bersesak2 ke masjid atau surau? kita boleh menutup tv ketika azan ke udara tetapi mengapa kita sanggup leka mengadap tv menonton rancangan kegemaran?

Bayangkan ketika kita sedang leka melakukan perkara2 diatas atau ketika kita sedang asyik melihat gambar-gambar lucah di internet atau ketika kita sedang leka melayan fb / tagged / ym atau apa sahajalah ajal kita tiba dan nyawa kita dicabut pasti kita tidak sempat bertaubat atau memohon kemaafan daripada sesiapa. bagaimana agaknya keadaan kita itu? MASYALLAH... tak dapat aku gambarkan. takut..

tidak sedarkah kita bahawa umur kita semakin tua tetapi amal kepada Allah langsung tiada,Bagaimana kehidupan kita? Yang pasti jika kita semakin menjauhi Allah maka Allah juga semakin menjauhi kita dan ketika itu kau susah mcm mana sekalipun Allah xkan bantu.Walluhalam..

Semakin kita dekatkan diri kepada Allah maka Allah semakin menghampiri kita. dan insyallah Allah pasti mempermudahkan segala urusan kita dan membuka pintu rezeki yg luas buat kita.

Jadi mari lah sama2 kita mengubah sikap kita yang semakin leka dan lagha' kepada yang lebih baik. Tak rugi jika kita berubah.Aku menulis sebagai ingatan buat diri sendiri juga..insyallah.

Monday, February 14, 2011

tahun ini tahun usaha


aku dan suami telahpun berbincang dan sebulat suara setuju untuk aku mencuba produk biodex. Buat masa ni kami masih lagi dalam proses 'research' tentang keberkesanan produk ni.

ade x pembaca2 kat sini yg ade pengalaman menggunakan biodex? leh share x? jika x keberatan meh la share sikit dgn aku. emel je dhilah_13@yahoo.com atau pm sajo di facebook ok.

sharing is caring :)

Friday, February 11, 2011

:: Berbuat Baik Dan Bersabar Di Atas Perilaku Manusia ::


Hadith :
Seorang lelaki bertanya:“ Wahai Rasulullah sesungguhnya aku mempunyai beberapa orang kerabat, yang hubungan aku erat dengan mereka tetapi mereka memutuskannya. Aku berbuat baik kepada mereka tetapi mereka berperangai buruk kepadaku, aku bersabar mengahadapi sikap mereka itu tetapi mereka menganggap sikapku itu adalah bodoh.” Kemudian baginda menjawab,” Sekiranya benar sepertimana yang engkau katakan itu maka seolah-olah engkau menyuap mereka dengan abu yang panas, sedangkan engkau sentiasa mendapat pertolongan daripada Allah Taala selama mana engkau berada di dalam kebenaran atas perkara yang demikian itu”.

Huraian

1.Islam mengajar umatnya supaya banyak bersabar di dalam semua keadaan sama ada ketika senang atau pun susah kerana ia merupakan pengukur darjat keimanan seseorang.
2.Islam mengajar umatnya supaya jangan membalas keburukan orang sebaliknya menambahkan lagi kebaikan terhadap mereka mudah-mudahan dengan itu hati mereka menjadi lembut dan baik.
3.Allah sentiasa memberi pertolongan kepada orang yang sentiasa sabar dan benar dalam bertindak.
4.Setiap umat Islam wajib menghubungkan silaturrahim dan haram memutuskannya.

p/s: kau dah terlajak...xleh nk undur.