
Jom cari pakej di GROUPON.
*Pemohon boleh memohon sama ada melalui surat, faks, telefon, e-mel atau datang sendiri ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) di mana pemohon bermastautin.
*Pemohon akan diminta mengisi borang permohonan. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan bersama-sama dengan dokumen-dokumen yang diperlukan seperti berikut:
(1) Surat sokongan / pengesahan daripada pegawai perubatan.
(2) Salinan sijil nikah / sijil pendaftaran perkahwinan.
(3) Salinan kad pengenalan pemohon (suami dan isteri).
(4) Lain-lain dokumen yang berkaitan.
Siapa yang layak mengambil anak angkat?
*Pasangan suami-isteri yang sah, ibu tunggal (ibu tunggal) yang menetap / tinggal di Malaysia.
Bila dan bagaimanakah anak angkat dapat disahkan sebagai anak pelihara mengikut undang-undang?
*Permohonan boleh dibuat dalam masa tiga bulan selepas menerima kanak-kanak dalam penjagaan pemohon. Permohonan hendaklah dibuat kepada Mahkamah Seksyen atau Mahkamah Tinggi dengan melantik peguam untuk urusan mendaftarkan Notis Pengangkatan. Akta yang digunapakai bagi proses pengesahan pengangkatan cara ini adalah merujuk kepada Akta Pengangkatan 1952 (Akta 257).
*Permohonan cara kedua adalah dengan membuat permohonan kepada Jabatan Pendaftaran Negara di bawah Akta Pendaftaran Anak Angkat 1952 (Akta 253). Permohonan untuk pengesahan ini hanya boleh dibuat selepas dua tahun anak pelihara dalam penjagaan keluarga pelihara. Bagi keluarga yang beragama Islam permohonan untuk pengesahan anak pelihara hanya boleh dibuat melalui Akta 253, iaitu Akta Pendaftaran Pengangkatan sahaja. Permohonan untuk pengesahan pengangkatan hanya boleh dibuat selepas dua tahun anak pelihara berada dalam jagaan pemohon. Permohonan boleh dibuat di Pejabat Pendaftaran Negara.
Peringatan:
Mengambil anak angkat secara sendiri perlu dimaklumkan kepada JKM mengikut seksyen 35(1) Akta kanak-Kanak 2001 tidak lewat daripada seminggu selepas pengambilan dan sekiranya gagal memaklumkan dan jika disabitkan kesalahan denda maksimum adalah sebanyak RM10,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
- Sumber : Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia
masa pulang dari keje menyusuri pintu lif di stesen lrt masjid jamek, seorang lelaki berkerusi roda yg menjual kerepek menegur aku dr blkg minta bantuan agar dia dpt sama msuk kedlm lif.aku pon membantu dia masuk ke lif. lelaki td mgucapkan t.ksh sambil aku bertanya :
berapa hrg kerepek ni?...
singgit je kak..amik la kak sebungkus.
saya beli sebungkus ye...
terima kasih kak..sy doakan akak murah rezeki..jwb lelaki td
aku berkata..'insyallah sy pon doakan awk. awk doakan sy mudah mengandung n cpt dpt anak ye
lelaki itu menjwb..sy akan sentiasa doakan akak..(sambil lelaki itu menyeka airmata)
aku rs terharu dengan lelaki itu.
aku menjawb ' terima kasih sbb doakan sy..terima kasih byk2..
lelaki itu menjawab ' kak..jasa akak beli kerepek sy ni sy ingat sampai nafas sy yg terakhir..sy akn sentiasa doakan akak murah rezeki..cpt dpt anak..moga Allah makbulkan doa sy yg serba kekurangan.
sekali lg aku mengucapkan terima kasih..x terkata apa2..hati aku jadi runtun
mulia sungguh lelaki itu.
pada kwn2 yg selalu melalui stesen lrt masjid jamek , jika terjumpa lelaki berkerusi roda yg menjual kerepek..bantulah dia dengan membeli kerepek2 nya. semoga niat kita yg ikhlas dpt meringankan beban lelaki itu..
Ya Allah muliakan la lelaki itu..amin