" ibu sayangkan anak-anak x pernah ade beza-beza pun. bagi ibu korang adik-beradik ni sama je. kasih sayang ibu pada korang xde kurang xde lebih.kalo korang nk makanan yg dalam mulut ibu ni pun, ibu sanggup luahkan bagi korang asalkan korang anak-anak ibu ni gembira.itu dah cukup bagi ibu"
itula antara kata-kata ibu yang x akan aku lupa sampai bila-bila. sungguh aku x akan lupa.
sempena hari ibu yang bakal berlangsung 9 mei nanti, aku buatkan satu entry khas buat seorang insan yang paling aku sayang dalam dunia ni.
ibu..
angah sayang sangat kat ibu. angah sanggup berkorban asalkan angah dapat gembirakan hati ibu. kadang-kadang bila angah dilanda masalah, angah mesti teringatkan ibu. angah x sekuat ibu. ibu wanita hebat.ibu lalui pelbagai dugaan besarkan kaklong,angah dan bani. walaupun ibu susah tapi ibu tetap cekal besarkan kami. Mampukah angah jadi sekuat dan setabah ibu?
moment paling indah ibu bersama raina masa beberapa hari raina dilahirkan. (aku suke pic ni..bagi aku pic ni ade moment tersendiri)
ibu..
sekarang angah dah kahwin.angah dah punya tanggungjawab serupa ibu dan baru kini angah tau betapa besarnya tanggungjawab menjadi isteri. ibu sumber inspirasi angah. ibu bekerja dari siang hingga malam. sampai di rumah ibu masih melakukan kerja-kerja rumah. angah nampak ibu letih dan kadang-kadang terlalu letih ibu hanya tidur beralaskan lengan. dan kadang-kadang ibu x tidur semata-mata nk temankan kaklong dan angah bersembang.ibu wanita hebat.
ibu dan ayah di hari perkahwinanku
ibu..
angah sedih bila tengok uban di rambut ibu yang makin banyak. angah sedih bila tengok kedut di bawah mata ibu. angah sedih bila tengok berat badan ibu yang mula menyusut.walaupun ibu makin berumur tapi ibu lah yang paling cantik..paling kuat..paling indah di mata angah.ibu SUPERWOMAN untuk angah.
ibu wanita paling cantik bagi aku
Sempena hari ibu ni angah nak ucapkan SELAMAT HARI IBU buat ibuku, Pn.Mesiah bt Abd.Hamid. cinta angah pada ibu adalah cinta paling hebat dan kasih sayang angah pada ibu xkan berubah walau sebesar zarah sekali pun. I LOVE U IBU...
Selamat hari ibu juga buat kaklong a.k.a mama raina yang bakal menyambut hari ibu buat kali pertama.moga kaklong dapat menjadi mama yang terbaik di kalangan yang terbaik sekaligus mendidik raina menjadi manusia berguna. sayang kaklong dan raina..gula-gula hati ummi ngah.
kaklong a.k.a mama raina evaqairina
p/s: Selamat hari ibu juga pada mommy to be pn.ain, pn. aziyana, pn.hanie, pn.aisha, pn.linda , pn.kai dan sume blogger yang bakal menjadi ibu.
Selamat hari ibu buat mama khalish(intan), mama kysh (zuris) mama alia kaiyisah , mama eisya (pn.dayu) mama zariff (pn.nano),mama adam rizqi (aan) dan sume blogger yang bakal menyambut hari ibu ni.